-HaYaTi :) -

Friday, May 20, 2011

K A W A N :)


"Aku betul-betul mintak maaf kat kau,hari tu aku tak dapat ambil kau kat airport..sebab hari tu....."
Dengan pantas Ali memotong, "DAH,DAH! kau tak payah cakap lagi.aku taknak dengar lagi dah.toksah lah nak bagitaw lagi ."

"Tapi hari tu aku betul2 pening,aku mintak maaf.........."-Aziz

Ali berlalu pergi dengan perasaannya yang sakit hati dengan Aziz.
Aziz tunduk kerana rasa sedikit terkilan dan sedih akan tindakan kawan karibnya,Ali..jelas terpampang wajah hibanya setelah melihat Ali melangkah pergi dengan amarah yg masih menguasai diri.

-Hari berganti hari,bulan berganti bulan....mereka tidak lagi bersua,keluar berjumpa dan beriadah bersama2 seperti dahulu......,Aziz betul2 rasa bersalah kerana dia tidak dapat mengambil Ali di airport ketika kepulangan Ali dari luar negara.Aziz masih lagi teringat akan kenangan ketika mereka bersahabat baik...pergi memancing bersama2,pergi kenduri,bla,bla...boleh dikatakan mereka sentiasa bersama2 di dalam apa jua aktiviti yang dilakukan...pernah di suatu ketika,Aziz sanggup bangun di tengah pukul 3 pagi hanya semata-mata ingin menghantar Ali ke hospital kerana beliau cirit-birit...TAPI dek kerana Aziz gagal mengambilnya di airport,Ali LUPA akan SEMUA jasa2 Aziz,di matanya HILANG semua kebaikan Aziz...







-situasi diatas sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat kita..dan benda nie terjadi dalam kehidupan aku sendiri..tapi aku dah ringkaskan crita nie,sebab byk sgt tingkah laku buruk dari Ali.Ali seorang yang pentingkan diri sendiri..walhal dia pernah melakukan hal yg sama pada rakan lain...tapi apabila Aziz gagal melakukan kehendaknya,dia jadi marah dan langsung tidak mempuyai sifat tolak ansur.kenapa semua nie jadi kan?bila aku teringat kisah si Aziz nie,aku jadi takut kehilangan kawan2 aku..sebab bagi aku,kekasih boleh dicari tapi,selain keluarga di sisi kita...ada lagi seorang insan yang bernama sahabat/teman/kawan/member yang menyokong kita dari belakang....


apalah salahnya,kita "Forgive and Forget" ...semua orang buat salah,tiada yang perfect dan maksum pun...

Walaupun post aku nie takda orang baca pun,tak pa lah..kalau2 ada yang tersesat baca post nie,korang jgn lah jadi macam Ali...apalah salahnya kita saling maaf-memaafkan...tak rugi pun..


Aku akui,selama aku hidup diatas muka bumi selama 18tahun10bulan20hari nie,memang AMAT-AMAT lah SUSAH nak cari sahabat sejati,tapi aku nie jenis yg tak suka cerita masalah dalaman dekat kawan2 aku,sebab aku taknak bebankan dorang..bagi aku biarlah aku jadi tempat dorang cerita masalah...aku bukanlah tak pernah crita kat dorang,tapi aku cuma cerita apa yg patut dicerita.....and the rest is history...bHAHA.


Hargailah sahabat anda sementara dia masih menyokong di belakang anda,jgn biar sampai dia pergi selamanya dari hidup anda...masa tu,anda akan terkapai2 keseorangan menempuhi hidup yg penuh dengan dugaan nie.
Jangan kerana ego kita ,dan kesilapan kawan kita jadi ukuran kepada jangka hayat persahabatan kita........